Connect with us

Berita Lain

Cadangan sekat peminjam PTPTN ke luar negara: Armada Bersatu K’tan desak Mastura letak jawatan

Mastura Mohd Khalid (kiri)



Pemuda Bersatu Kelantan hari ini mendesak Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN), Mastura Mohd Khalid untuk meletak jawatan. 


Ini berikutan susulan dengan kenyataannya berhubung cadangan sekatan ke luar negara terhadap peminjam-peminjam PTPTN yang tidak membayar pinjaman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketuanya Asran Alias berkata cadangan memperkenalkan semula sekatan itu baru di peringkat perbincangan dan masih belum dipersetujui PTPTN.
“Kami mendesak timbalan CEO PTPTN yang membuat kenyataan mengenai sekatan yang masih lagi di peringkat perbincangan tanpa persetujuan Wan Saiful supaya meletak jawatan serta-merta.
“Kita melihat PTPTN sebagai isu yang dekat dengan anak muda. Cara beliau mengeluarkan kenyataan itu seolah-olah mencabar anak muda tanpa melihat justifikasi ekonomi semasa,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini seperti dilapor oleh portal Malaysiakini.
Pada 16 Mei lalu, PTPTN dalam taklimat bersama media menyatakan beberapa cadangan yang sedang ditimbang badan itu untuk mengutip baki pinjaman daripada peminjam.
Antaranya menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Taklimat itu disampaikan oleh Mastura dan turut dihadiri Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan.
Cadangan itu pantas membangkitkan bantahan pelbagai pihak, antaranya Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel