Connect with us

Berita Lain

Dua dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan keganasan

Gambar hiasan



SEPANG, 30 Mei — Seorang pekebun dan penjual burger dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dengan aktiviti keganasan tahun lepas.


Tertuduh, Muhamad Nuurul Amin Azizan dan rakannya Muhammad Syazani Mahzan, yang masing-masing berusia 27 tahun didakwa dengan niat telah pergi ke Indonesia bagi melakukan perbuatan pengganas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kedua-dua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd Sabri Othman, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.


Mengikut pertuduhan, Muhamad Nuurul Amin dan Muhammad Shazani yang berasal dari Sungai Petani, Kedah didakwa telah pergi ke Jogjakarta Indonesia melalui Jakarta, Indonesia dengan niat melakukan perbuatan pengganas.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 6.55 pagi, 26 April tahun lepas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sebelum ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan menyebut kedua-dua tertuduh disenaraikan sebagai individu dikehendaki pada 13 Mei lalu sebelum tampil menyerah diri dan ditahan polis di Kuala Muda, Kedah sehari kemudian.


Di mahkamah berasingan, seorang pekerja restoran, Hafiz Othman turut didakwa atas kesalahan sama kerana pergi ke Wilayah Sinai Mesir dari Malaysia dengan niat melakukan aktiviti keganasan.


Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Saifulakmal Mod Said, Hafiz, 42, didakwa melakukan kesalahan itu di pintu C1 Terminal Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.05 petang, 17 Mei lalu.


Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 130 JA Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun berserta denda.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Mahkamah menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes dan ketiga-tiga kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Rohaiza Abd Rahman. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel