Connect with us

Berita Lain

Mahkamah tolak permohonan SPRM Lucut hak harta bekas exco Johor

Sebelum ini bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan
negeri, Datuk Abdul Latif Bandi (tengah) dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim
(kanan) serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub (kiri) dilepas
dan dibebaskan daripada semua 37 pertuduhan rasuah pada 2017 di Mahkamah
Sesyen. – Foto oleh Utusan Online


Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menolak permohonan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak ke atas
harta dan aset yang disita bernilai jutaan ringgit milik bekas Exco Kerajaan
Negeri Johor, anak dan menantunya.
Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas meneliti
semua exhibit selain mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini.
Beliau turut memerintahkan kesemua harta yang disita
dikembalikan kepada pemilik berdaftar iaitu Abdul Latiff Bandi, anaknya Fauzan
Hatim dan menantu perempuannya Nur Shaliza Mohamad Salleh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM,
Mahadi Abdul Jumaat bagaimanapun memohon penangguhan pelaksanaan perintah bagi
membolehkan SPRM mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 311
Kanun Prosedur Jenayah dalam masa 14 hari bermula hari ini.
Kamaruddin kemudiannya membenarkan permohonan SPRM untuk
penangguhan pelaksanaan perintah berkenaan, yang jika gagal mengemukakan
permohonan berkenaan, hak harta berkenaan akan dikembalikan semula kepada
pemilik berdaftar.
Hakim turut membenarkan pihak responden menggunakan
kenderaan yang disita dengan membuat permohonan kepada SPRM dalam tempoh
penangguhan pelaksanaan perintah dengan syarat cagaran menerusi bon.
Abdul Latiff, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja biru,
diwakili peguam Abd Rahim Ali.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada Januari 2017, SPRM telah menyita enam buah kereta mewah
pelbagai jenama termasuk Honda CRV, Toyota Land Cruiser, Honda HRV, Nissan
Skyline, Porsche Cayeene, Toyota Vellfire selain 16 utas jam tangan mewah dan
mata wang asing, kesemuanya dianggarkan bernilai jutaan ringgit. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel