Connect with us

Berita Lain

Najib dakwa dihalang, luah rasa sedih tak dapat hadir konvo anak

Bekas perdana menteri Najib Razak – Foto oleh ProjekMM

Anak bekas perdana menteri Najib Razak, Nooryana hari ini menerima ijazah sarjananya di
Universiti Harvard di Boston, AS.

Najib meluahkan rasa sedihnya di Facebooknya hari ini kerana tidak dapat meraikan konvokesyen anak perempuannya Nooryana Najwa itu.
“Anak saya, guys. Hari ini terima ijazah sarjana dari
Harvard.
“Sebagai bapa, saya berasa amat sedih tidak dapat berada di
sana meraikan detik ini,” tulis Najib di Facebook miliknya lagi.

Najib turut memuat naik sekeping gambar
Nooryana yang memakai jubah konvokesyen bersama suami, anak dan adik lelakinya.



Najib mendakwa bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menghalangnya
daripada ke luar negara.



Beliau turut mendakwa pergerakannya di Malaysia pun turut mengundang rasa
tidak selesa kepada kerajaan sehingga ada yang membuat laporan polis .
“Daddy minta maaf, Gina, tidak dapat bersama hari ini.
“Saya sangat bangga dengan kamu,” kata Najib lagi.
Nooryana pula dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya memuat naik sekeping gambarnya bersama baju T “Bossku” dan berkata, biarpun kerajaan PH menghalang ibu-bapanya ke luar
negara bagi bersama-sama meraikan detik bermakna itu, suami dan adiknya tetap
ada bersamanya.
“Walaupun kerajaan PH menghalang ibu bapa saya ke luar
negara, suami dan adik tetap bersama saya.
“Tiada masalah. Malu Apa Bossku?” tulisnya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel