Connect with us

Berita Lain

Penjawat awam Selangor terima bonus sehingga tiga bulan gaji


Seramai 19,244 penjawat awam di Selangor bakal menerima
bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji bagi tahun ini yang akan dibayar
secara berperingkat.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, keputusan
itu dimuktamadkan pihaknya selepas mengambil kira beberapa faktor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, pembayaran bantuan khas kewangan bagi satu
bulan gaji yang juga dipanggil Insentif Mahabbah Selangor itu akan dibuat
selepas Hari Raya Aidilfitri pada 7 Jun ini melibatkan implikasi kewangan
sebanyak RM33.84 juta.
Menurutnya, bantuan khas kewangan dua bulan gaji lagi akan
dibayar pada akhir tahun berasaskan mata pencapaian prestasi yang diperolehi
oleh ketua-ketua jabatan, lapor Sinar Harian.
Selain itu katanya, bantuan Khas kewangan satu bulan gaji
juga akan diberikan kepada 1,521 kakitangan beberapa syarikat berkaitan (GLC)
serta organisasi strategik negeri antaranya Universiti Selangor (UNISEL),
Yayasan Hijrah Selangor, Tourism Selangor, Invest Selangor, Yayasan Warisan
Anak Selangor dan Pusat Jagaan Rumah Puteri Arafiah yang melibatkan jumlah
pembayaran sebanyak RM5.621 juta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kerajaan negeri juga akan memberi insentif sebanyak
RM1,000 kepada 739 kakitangan persekutuan yang berkhidmat di Selangor pada 7
Jun ini.
“Kita juga akan memberi insentif berjumlah RM4,171,500
kepada petugas di 390 masjid dan 2,053 surau di negeri ini, ” katanya pada
Majlis Rapat Ramadan Menteri Besar Selangor bersama penjawat awam Selangotlr di
Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel