Connect with us

Berita Lain

Penyanyi lagu ‘La Obe’, ‘Nga lompak AGo Go’ meninggal dunia

Kassim Selamat – Foto oleh Kosmo!

SINGAPURA – Penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu La
Obe dan Nga lompak AGo Go, Kassim Rahmat meninggal dunia akibat sakit tua hari
ini.
Kassim, 84, atau lebih dikenali sebagai Kassim Selamat
menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Yishun.
Penyanyi utama Kumpulan The Swallows itu meninggalkan
seorang isteri, Radiah Hadar dan empat orang anak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anak perempuannya Kasmawati Kassim berkata, bapanya
menghidap sakit dementia sejak lapan tahun yang lalu.
“Ibu yang setia menjaga bapa di rumah,” katanya ketika
dihubungi Bernama.
Menurut Kasmawati, jenazah bapanya akan dikebumikan pada
esok pagi di Pusara Aman, Lim Chu Kang di sini.
Dilaporkan Kassim menggantikan Allahyarham Datuk Ahmad Daud
sebagai penyanyi utama kugiran tersebut yang pada awalnya dikenali dengan lagu
Si Manis 17.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kumpulan The Swallows yang pernah terbabit dalam persembahan
muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya pada tahun 2006, turut pernah mengiringi
Allahyarham Biduanita Datin Rafeah Buang.
Kumpulan itu mempunyai keunikannya tersendiri kerana mereka
turut mempersembahkan lagu dalam bahasa Bawean.
Selain lagu La Obe dan Nga lompak AGo Go, lagu-lagu nyanyian
kugiran tersebut termasuklah Angkok Angkok Bilis, La Karebna, Leh Paju Molle
dan La Ngomber. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel