Connect with us

Berita Lain

Permohonan Rosmah tolak isytihar harta diputuskan 24 Mei


KUALA LUMPUR – Permohonan isteri bekas
perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan notis pihak
pendakwaan terhadapnya mewajibkan pengisytiharan perolehan harta dalam kes
pengubahan wang haram akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Mei ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan
tarikh itu selepas selepas mendengar hujahan daripada pihak Rosmah, yang
diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon, Reza Rahim, N. Rajivan dan Datuk K.
Kumaraendran dan pihak pendakwaan diketuai imbalan Pendakwa Raya, Datuk Sri
Gopal Ram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, Sri Ram dalam hujahannya berkata notis diberikan
kepada Rosmah bagi mengisytiharkan harta mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada
Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 bukan peruntukan bagi perbicaraan,
sebaliknya   terma khas sebelum prosiding
bicara bermula.
Pihak pendakwaan, katanya, berhak untuk mendapatkan
pendedahan terhadap harta yang menjadi perkara asas dalam kes membabitkan
aktiviti pengubahan wang haram itu.
Katanya, undang-undang dan peruntukan perlembagaan
membenarkan peruntukan Seksyen 49 itu bagi tujuan sebelum perbicaraan.
Sementara itu, Reza berkata notis tersebut adalah tidak adil
kerana diminta untuk mengisytihar harta dan dibicarakan pada masa sama
melibatkan isu sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 4 Okt lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12
tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan
lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.
Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank
Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini,
dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku
Abdul Halim di sini, antara 4 Dis 2013 dan 1 Mei 2018.
Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut
Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)
akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun
dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau
RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau
didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan
hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua
Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa
alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan. 
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel