Connect with us

Berita Lain

Warden tahfiz liwat 5 pelajar dihukum penjara 133 tahun, 42 sebatan


KANGAR – Seorang warden sebuah maahad tahfiz di Simpang
Empat di sini dijatuhi hukuman penjara selama 133 tahun selepas mengaku
bersalah atas 26 pertuduhan liwat dan jenayah seksual terhadap lima pelajar
tahfiz, bulan lalu.
Tertuduh, Nawawi Anuar, 28, membuat pengakuan itu selepas
semua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Nawawi yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah turut
dikenakan sebanyak 42 kali sebatan.

.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa
yang berusia sembilan, 10, 11 dan 15 tahun di Maahad Tahfiz Al-Quran
Ar-Raudhah, Simpang Empat di sini sepanjang April lalu, lapor Kosmo Online.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga
pertuduhan iaitu liwat dan memaparkan video lucah melalui telefon bimbit kepada
mangsa berusia 11 tahun.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
(KK), 377C KK serta Seksyen 15(e) dan 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual
terhadap Kanak-Kanak 2017 selain Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada
Mohd. Yatim, Mohd. Izham Ali dan Mohd. Farhan Aliff Ahmad sementara tertuduh
diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan iaitu Mohd. Hapiz Rajali dan
Nor Herdawati Harun.
Mahkamah menetapkan 9 Julai depan untuk serahan dokumen bagi
tiga lagi pertuduhan yang minta dibicarakan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel