Connect with us

Terkini

145 saman dikelurkan dalam operasi khas motosikal

Sebanyak 145 saman dikeluarkan dalam operasi khas motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol Batu 9, Cheras malam tadi.

Pengarahnya, Nazli Md Taib berkata saman tersebut dikeluarkan terhadap 90 penunggang motosikal melibatkan pelbagai kesalahan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Antara kesalahan yang dilakukan penunggang motosikal ialah tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan teknikal.

“Selain itu, 10 motosikal disita atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai cukai jalan dan insurans tamat tempoh serta melakukan modifikasi terhadap kenderaan,” katanya kepada media.

Advertisement

Operasi khas itu dianggotai 68 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Nazli, pemeriksaan AADK mendapati lima pengguna motosikal positif ujian air kencing dadah jenis syabu dan ganja manakala dua warga Indonesia turut ditahan pihak imigresen atas kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Operasi malam ini adalah siri keempat iaitu siri yang terakhir dalam operasi bersepadu khas motosikal sempena Aidilfitri, namun kami tetap akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa untuk mengesan pesalah trafik,” katanya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nazli berkata sepanjang empat siri operasi motosikal bermula 1 Jun lepas, sebanyak 4,219 motosikal telah diperiksa dan 706 saman dikeluarkan.

– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel