Connect with us

Terkini

Haziq bimbang bakal terima nasib seperti Altantuya, rela mengaku

Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang terlibat dalam skandal seks berprofil tinggi yang mengaku dirinya dalam video intim dengan individu yang didakwa sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau bimbang bakal mengalami nasib sama seperti model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada sekitar tahun 2006, warga Mongolia Altantuya Shariibuu mati dibunuh dengan ditembak dua kali dan mayatnya pula diletupkan di dalam sebuah hutan di Shah Alam.

Loading…

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas dua bekas anggota polis cawangan khas iaitu Sirul dan bekas ketua inspektor, Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya, 28, di sebuah hutan pada Oktober 2006 dengan badannya diletup menggunakan bahan letupan gred tentera.

Mereka bagaimanapun dibebaskan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 mengembalikan sabitan bersalah itu dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka berdua.

Advertisement

Haziq Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa bahawa dia takut dengan beberapa pihak yang mampu melakukan tindakan luar dugaan supaya dia tidak bersuara.

“Ia memang berisiko tetapi saya lebih rela menjadi tumpuan daripada menderita dan mengalami nasib sama seperti Altantuya Shaariibuu,” katanya menerusi temubual eksklusif yang disiarkan oleh akbar the Sun.

Pada 12 Jun lalu, negara gempar apabila Haziq memuat naik video pengakuan bersumpah yang berdurasi 30 saat mengaku bahawa dia ialah individu dalam klip video intim bersama Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan dirinya terlibat dalam video lucah tersebut dan menyifatkan video itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya. – Malaysian Update

Baca: Haziq: Semua orang lupa saya juga mangsa kerana saat intim dirakam dan dibocorkan

Advertisement

Baca: “Aksi di Sandakan bukan pertama kali” dakwa Haziq

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel