Connect with us

Terkini

Dituduh terlibat, Lokman Adam sedia jalani ujian poligraf

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata beliau bersedia untuk menjalani ujian poligraf bagi membuktikan beliau tidak terlibat dalam penghasilan video lucah di luar tabii melibatkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Lokman berkata cadangan tersebut boleh membuktikan bahawa beliau hanyalah salah seorang penerima video seks lucah berkenaan yang disebarkan dalam grup Whatsapp bernama Jemputan Raya Azmin pada 11 Jun yang lalu.

Loading…

“Saya ingin menyatakan kesediaan saya menjalani ujian poligraf ini untuk membuktikan bahawa saya hanyalah salah seorang penerima video tersebut melalui sebuah Whatsapp group bernama “Jemputan Raya Azmin” pada jam 1.19 pagi 11hb Jun, 2019 lalu.

“Saya tidak terlibat untuk memerangkap Azmin, memasang kamera atau mengetahui sebarang usaha untuk menghasilkan video tersebut,” katanya yang membaca cadangan tersebut di portal Malaysia Gazette dan berpendapat ia merupakan saranan yang baik.

Advertisement

“Ia dapat membuktikan bahawa saya hanyalah salah seorang penerima video tersebut melalui sebuah grup Whatsapp bernama ‘Jemputan Raya Azmin’ pada jam 1.19 pagi, 11 Jun 2019.

Pada 14 Jun lalu, Lokman yang juga Pengerusi Pertubuhan Pemantau Malaysia Baru ditahan beberapa jam selepas memberi keterangan berhubung penyebaran video seks oleh sekumpulan anggota polis dari Bukit Aman di rumahnya di Taman Teknologi, Kajang.

Baca: Video seks: Haziq cabar Azmin saman

Terdahulu, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong telah membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Malaysian Update

Baca: Video seks: Tidak dapat sahkan individu terlibat tapi pakar setuju tidak ada sebarang pengubahan digital – Laporan berita Australia

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel