Connect with us

Terkini

‘Dr Mahathir seorang strategis yang hebat’ – KJ pesan Umno waspada dengan Dr M

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengingatkan Umno berwaspada dengan keupayaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun sokongan rakyat pada PH kelihatan merosot namun Dr Mahathir merupakan negarawan dan pakar dalam menyusun strategi.

“Dr Mahathir pemimpin negarawan ulung. Jangan ingat Mahathir tidak tahu urus politik.

Loading…

“Dr Mahathir seorang strategis yang hebat,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Buloh di Shah Alam, hari ini.

Advertisement

Oleh itu kata Khairy, Umno tidak boleh terleka dengan kemerosotan populariti PH ketika ini.

KJ berkata beliau yakin Dr Mahathir sedar bahawa sokongan dan populariti PH hari ini semakin merosot.

“Melayu mudah lupa, apa yang kita risau pada tahun-tahun akhir (sebelum PRU), dia keluarkan semua peruntukan yang dikumpul selama ini, habislah kita.

“PH tidak akan kekal tidak popular, dan begitu juga Umno tidak akan kekal popular,” katanya yang memetik ungkapan Dr Mahathir, lapor Malaysiakini.

Tambah Khairy, Umno perlu kembali kepada rakyat dan membina keyakinan rakyat seperti tahun 1957 ketika bertindak sebagai pejuang kemerdekaan selain menjadi agen penyatuan kaum ketika rusuhan pada 1969.

Advertisement

Dr Mahathir mencipta rekod bukan saja sebagai perdana menteri paling tua, malah membuat penampilan kali kedua sebagai perdana menteri selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun.

Beliau yang memimpin PH pada PRU ke-14 lalu menempa sejarah apabila berjaya menumbangkan BN yang menguasai kerajaan selama 60 tahun.

Dalam pada itu Khairy berkata Umno perlu berpijak pada realiti dan perlu menerima hakikat serta tidak sesekali mengulangi kesilapan lalu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel