Connect with us

Terkini

Anwar tegaskan, serah siasatan video pada pihak polis

PETALING JAYA, 18 Jun — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian parti dalam menyerahkan siasatan berkaitan kes penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri, kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya beliau tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai kes itu dan terpulang kepada kebijaksanaan PDRM dalam menyelesaikannya.

Loading…

“Perkara ini telah saya umum, iaitu serah kepada PDRM. Saya tidak mahu buat apa-apa telahan, tapi yang sahnya kita akan dengar daripada PDRM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di Dewan Sivik, Petaling Jaya malam tadi.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas laporan berita media Australia semalam yang mengatakan tiada sebarang pengubahan digital mahupun manipulasi foto dalam video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Advertisement

Laporan itu turut menyebut pakar luar negara yang menganalisa video terbabit tidak dapat mengesahkan sama ada individu dalam video tersebut ialah menteri berkenaan.

Ditanya mengenai keutuhan parti berhubung insiden ini kerana terdapat dakwaan wujudnya perpecahan dalam parti, Anwar menegaskan bahawa parti itu masih kukuh. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel