Connect with us

Terkini

Cuba berlepas ke Filipina, Haziq kini disiasat

Polis melakukan siasatan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku terlibat dalam skandal video lucah baru-baru ini di bawah beberapa peruntukan undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed berkata, dua daripadanya membabitkan tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengedarkan bahan lucah di bawah Seksyen 292 kanun yang sama.

Loading…

Haziq juga disiasat di bawah Sekysen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah Keamanan.

Huzir berkata Haziq berada di terminal pelepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika ditahan kira-kira jam 6 petang, lapor Malaysiakini.

Advertisement

Katanya, berdasarkan tiket penerbangan, suspek dijadualkan berlepas ke Manila, Filipina.

Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada polis akan memohon tahanan reman terhadap Haziq esok.

Difahamkan pihak polis cuba menjejaki Haziq di rumahnya di Kuching pada Khamis tetapi tidak berjaya.

Baca: Haziq ditahan di KLIA

Baca: Anwar tidak setuju desak Azmin untuk bercuti

Advertisement

Sementara itu, peguam Ramesh Kumar, yang mendakwa mewakili Haziq berkata dia tidak mengetahui lokasi Haziq.

Baca: ‘Lelaki dalam klip video seks itu bukan anak saya’ – Abdul Aziz

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel