Connect with us

Terkini

Dewan Ulama PAS Pusat lulus usul kerjasama dengan Umno

Dewan Ulama Pas Pusat menyokong kerjasama dengan Umno dengan meluluskan dua usul berkaitan taawun siyasi dengan Umno pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-58 di Wisma Belia, di sini, semalam.

Usul berkenaan diterima sebulat suara perwakilan sayap Pas berkenaan selepas dibentangkan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Asri Mat Daud.

Loading…

Dua usul berkenaan adalah untuk menjadikan taawun sebagai rujukan, panduan penting dalam strategi dan pendekatan semasa Pas meluaskan dakwah, menegakkan tuntutan syariah serta menyatupadukan ummah.

Turut diusulkan supaya satu garis panduan terperinci berkaitan taawun diwujudkan dan dijadikan rujukan seragam untuk dilaksanakan di semua peringkat parti.

Advertisement

Mohd Asri berkata, ada keperluan mendesak untuk meluaskan pendekatan taawun dalam politik semasa sebagai asas membina penyatuan ummah dalam sesebuah masyarakat dan negara.

“Pas sebelum ini sudah bekerjasama dengan banyak parti politik dan yang terbaharu adalah Umno, justeru ia perlu dilaksanakan dengan mengikut mekanisme yang digariskan.

“Saya cadangkan kepada kepemimpinan Pas Pusat untuk mengeluarkan garis panduan dan pekeliling supaya semua dapat mematuhinya dengan baik,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, Pas boleh menerima mana-mana parti asalkan mereka meletakkan Islam sebagai perkara penting.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel