Connect with us

Terkini

Farid Kamil dipenjara 9 bulan, kini mahkamah benarkan tangguh hukuman… “InsyaAllah, semuanya Allah permudahkan”

Selepas 35 hari dipenjara sejak 15 Mei lalu atas tuduhan dadah, Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sembilan yang dijalaninya ketika ini.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memerintahkan Farid membayar jaminan RM10,000 dan menyerahkan pasport serta  melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Loading…

Farid ketika ditemui pihak media di luar mahkamah meluahkan rasa syukur tidak terhingga dengan keputusan itu.

“InsyaAllah, semuanya Allah permudahkan,” kata Farid.

Advertisement

Wang jaminan dibayar adik kepada pelakon itu, Fadzil Kamil.

Terdahulu,  pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel