Connect with us

Terkini

Guan Eng nafi kerajaan PH bersikap anti-China

Malaysia akan mengekalkan hubungan perniagaan yang kukuh dengan China dan justeru itu tiada pelabur China akan berasa tersisih, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau menyangkal dakwaan anggota Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) bersikap anti-China dengan menolak pelabur negara itu.

Loading…

“Kenyataan Wee sangat teruk dan boleh menjejaskan ekonomi kita. Beliau menuduh kerajaan sengaja menolak pelabur China.

“Ini tidak benar. Hakikatnya, Perdana Menter Dr Mahathir Mohamad merupakan pemimpin pertama yang mengatakan Malaysia tidak akan mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) yang menyekat syarikat telekomunikasi China, Huawei malah Dr Mahathir tegas menyuarakan kita akan terus menggunakan produk Huawei sebanyak mungkin,” katanya.

Advertisement

Lim berkata demikian kepada pemberita di Sidang Kemuncak Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

AS menyenaraihitamkan penggunaan peralatan Huawei dalam rangkaian telekomunikasinya susulan peningkatan perang perdagangan negaranya dengan China.

Semalam, Wee, yang juga presiden MCA berkata langkah kerajaan mengkaji semula projek negara bersama China, iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Kawasan Perindustrian Kuantan Malaysia-China telah menyebabkan pelabur China menghindari Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Lim tidak menafikan negara berdepan beberapa isu dengan China sebelum ini.

“Kita mempunyai beberapa isu (sebelum ini), namun ini telah diselesaikan termasuk ECRL. Kini kita melangkah maju untuk memperkukuh lagi perdagangan dua hala dengan China demi manfaat kedua-dua negara,” katanya.

Advertisement

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencapai rekod tertinggi yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini pada 2018, meningkat 13 peratus kepada RM443 bilion daripada RM392 bilion pada 2017.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 terbentuknya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel