Connect with us

Terkini

‘Jika saya musuh Azmin yang merencana insiden tidak bermaruah itu, saya tidak akan senang duduk kerana saya tahu beliau akan kembali dengan lebih kuat’

Insiden video mengenai pemimpin politik yang didakwa melakukan hubungan seksual yang dirakam menggunakan kamera intip baru-baru ini bukanlah perkara yang baru di Malaysia.

Malah, saya percaya ini bukanlah yang terakhir.

Rakyat Malaysia amat mudah terkesan apabila berhadapan dengan pendedahan seperti ini. Ia boleh mempengaruhi persepsi masyarakat sama ada seseorang – yang terlibat dalam insiden seperti ini – layak untuk menjadi pemimpin ataupun tidak walaupun video yang disebarkan itu mungkin adalah palsu atau direka-reka.

Loading…

Malangnya, pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas insiden ini dan melancarkan serangan yang sistematik untuk menghancurkan karier politik si mangsa.

Advertisement

Pendirian saya dalam insiden ini amat jelas – saya tidak perlu membazir masa untuk berbincang atau bercakap tentang modus politikus yang jelek ini apabila ingin menganiaya reputasi individu.

Apa yang saya tahu, mereka ini adalah penjenayah dan pengecut, maka saya serahkan kepada undang-undang untuk menghukum penjenayah terbabit.

Namun, saya ingin berbicara mengenai individu yang dituduh secara membuta tuli itu, Mohamed Azmin Ali.

Adakah beliau akan mengharungi cubaan membunuh politik ini?

Azmin pilihan Mahathir, Anwar

Advertisement

Secara peribadi, saya mengenali Azmin sebagai individu yang mempunyai karakter teguh, ahli politik berpengalaman, dan telah mengharungi musim politik di Malaysia seawal menjadi mahasiswa lagi.

Beliau datang dari keluarga yang biasa-biasa, tidak ada latar belakang politik atau kerabat mana-mana.

Bapa beliau berkhidmat sebagai askar. Justeru tidak hairanlah dari mana Azmin mendapat sifat memimpin dan tegas.

Beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut ijazah di AS dan di situlah tempat beliau mula aktif dalam gerakan politik mahasiswa dan kepimpinan belia.

Apabila Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim melawat AS, Azmin akan menjadi pilihan mereka untuk berhubung.

Advertisement

Ia memberi peluang kepada beliau untuk berbincang secara terus dengan pemimpin tertinggi Malaysia – dan sudah pasti – semangat dan minat dalam arena politik perdana mula bercambah apabila beliau dilantik sebagai setiausaha sulit Anwar yang ketika itut timbalan perdana menteri.

‘Saham’ beliau meningkat naik dan dilihat sebagai calon untuk memimpin negara apabila tiba waktunya nanti.

Bagaimanapun 1998 adalah tahun yang mencabar untuk Azmin, namun beliau memilih untuk kekal setia dengan ketuanya sehinggalah bersama-sama mengasaskan Parti Keadilan Nasional bersama Anwar untuk melawan BN.

Pastikan tiada rekahan

Beliau antara penyokong awal yang ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu zaman Reformasi.

Advertisement

Beliau juga dihalang mahkamah daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 2004.

Mendengar Azmin menceritakan kisah-kisah ini menyedarkan saya bahawa beliau adalah pejuang, dan saya percaya beliau masih lagi seorang pejuang.

Ia tidak pernah mudah namun beliau kekal bertahan.

Kepimpinan Azmin diuji ketika Anwar dipenjarakan semula dan Azmin menyatukan penyokong pembangkang untuk memastikan tidak ada rekahan dari dalam parti.

Beliau mula melatih pemimpin dalam parti. Mungkin kerana minat dalam mengajar yang ditanam sejak menjadi guru (dan beliau juga memegang ijazah sarjana dalam pendidikan).

Advertisement

Strategi ini telah menunjukkan visi Azmin untuk memastikan parti kekal utuh dan kuat.

Apabila Azmin dilantik menjadi menteri besar Selangor, ramai menganggap beliau tidak akan bertahan selama satu penggal pun. Namun, beliau menyangkal tanggapan mereka semua.

Azmin tidak banyak bercakap atau bersembang, sebaliknya membuktikan beliau berusaha dan bekerja keras di Selangor.

Hari ini, Selangor terus kekal maju dan progresif hasil jasa beliau.

Banyak skim yang bermanfaat diperkenal dan bantuan lebih banyak diberikan kepada rakyat berpunca daripada pembangunan ekonomi Selangor yang kian stabil.

Advertisement

Contohnya, beliau adalah tokoh yang memperkenalkan pelan Smart Selangor, iaitu rangka kerja untuk menjadikan negeri tersebut sebuah bandar yang pintar.

Jika dilihat dari portfolio saya, Azmin juga memperkenalkan beberapa program pengambilan kerja untuk belia seperti Internship for High Impact Talent dan kem akademik.

Selangor menikmati pelaburan terus yang besar hasil usaha kepimpinan beliau.

Mampu tempuh dugaan

Azmin adalah pemimpin yang merangka strategi dengan cermat dan dibuktikan dalam isu seperti saman sivil, fitnah, krisis air dan campur tangan kerajaan Persekutuan ketika era BN.

Advertisement

Sepanjang waktu yang sukar ini, keluarga beliau sentiasa menyokong dan menjadi tunjang kekuatan Azmin. Mereka perlu melalui banyak tekanan dari kontroversi – daripada permusuhan adik-beradik sehinggalah insiden video seks oral.

Semua itu dihadapi Azmin dengan cermat dan menjadikan beliau seorang ahli politik yang lebih kuat berjuang.

Tempoh 2018 adalah tahun yang sukar untuk Azmin sejak menyertai perjuangan bersama Mahathir dan pemimpin lain untuk membentuk PH.

Semua ini dilakukan untuk menyelamatkan negara kita daripada kleptokrasi dan skandal 1MDB yang maha dahsyat.

Tindakan Azmin dan PKR untuk bergabung dengan Mahathir adalah pertaruhan yang besar. Namun, beliau memilih untuk mengutamakan negara berbanding isu peribadi.

Advertisement

Azmin berjuang seperti seorang pemimpin sewaktu PRU ke 14 dan PH amat terhutang budi kepada semangat dan strategi Azmin yang membawa kepada kemenangan pilihan raya.

Saya menyaksikan sendiri semua mesyuarat dan kempen yang dijalankan Azmin sebelum pilihan raya, dan saya sendiri percaya beliau memiliki dispilin kepimpinan dan semangat kerjasama, yang kadang-kala menjadi satu ancaman kepada sesetengah pihak.

Kepakaran dalam ekonomi, matematik dan juga pengalaman sebagai menteri besar Selangor menjadikan beliau calon yang terbaik untuk memimpin Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Jika dilihat daripada pengalaman dan sejarah dilaluinya saya secara peribadi percaya Azmin mampu menempuhi dugaan terbaru ini dengan cekal.

Jika saya adalah musuh Azmin yang merencana insiden tidak bermaruah itu, saya tidak akan senang duduk kerana saya tahu beliau akan kembali dengan lebih kuat.

Advertisement

Saya mendoakan Azmin dan keluarganya kekal tabah dan terus memimpin Malaysia pada masa hadapan.


SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ialah anggota parlimen Muar yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan. Tulisan ini adalah pendapat peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi kami di Malaysian Update.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel