Connect with us

Terkini

Latheefa Koya mula tugas hari ini, tekad enggan toleransi budaya rasuah

PUTRAJAYA, 7 Jun — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Latheefa Koya berkata beliau akan melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk dari aspek pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertolerasi kepada rasuah.         

Beliau yang memulakan tugas hari ini berkata adalah menjadi hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.         

Loading…

“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.            

Latheefa yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lepas, berkata terdapat banyak pendapat yang dikeluarkan berhubung pelantikannya sehari sebelum sambutan Aidilfitri.            

Advertisement

“Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.

“Tugas saya jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja,” katanya.            

Beliau berkata dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai di SPRM, pihaknya yakin akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.              

Sebelum ini ramai pemimpin bahkan dari kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri berpendapat lantikan Latheefa bercanggah dengan janji-janji yang dibuat oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel