Connect with us

Terkini

Megat D Shariman tawar diri tanding jawatan presiden MPM

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM, 29 Jun ini.

Katanya, hasrat berbuat demikian timbul selepas beliau didekati sebahagian besar daripada anggota gabungan MPM sekali gus meyakinkannya untuk menghantar pencalonan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Megat D Shahriman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Para Kanu berkata dengan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak membantu beliau untuk membina hubungan baik dengan anggota gabungan bagi membangunkan badan induk berkenaan.

Menurutnya, MPM telah melalui fasa mencabar susulan beberapa kes terdahulu seperti kehilangan wang.

Advertisement

Bagaimanapun tampuk kepimpinan sedia ada yang diterajui SM Nasarudin SM Nasimuddin yang telah berkhidmat kira-kira tiga tahun telah berjaya memulihkan semula imej MPM.

“MPM memang telah dibarisi individu yang berdedikasi, cumanya kini ia hanya perlu ditambah baik dari aspek individu yang mempunyai kepakaran untuk membina hubungan yang baik dengan syarikat korporat selain mampu menaikkan imej dan memastikan atlet para mendapat layanan sama seperti atlet normal.

“Dengan slogan ’My Paralimpian My Hero’ saya perlu meningkatkan kesedaran orang ramai supaya melihat sukan para tiada bezanya dengan sukan bagi atlet normal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Megat D Shahriman berkata agenda utamanya sekiranya diberi mandat memimpin MPM adalah untuk memperkukuhkan dana dan mengeratkan hubungan MPM dengan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta Jawatankuasa Paralimpik Asia.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, beliau juga mahu memastikan atlet para mendapat layanan sama rata dengan atlet normal dari segi peruntukan dan imbuhan.- Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel