Connect with us

Mahkamah

Sumber kewangan SRC – ‘RM4 bilion dari KWAP, geran RM20 bilion dari k’jaan’

Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sumber kewangan SRC adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan geran permulaan daripada kerajaan.

Ismee, 54, berkata syarikat itu menerima pinjaman RM4 bilion daripada KWAP dan menerima geran RM20 juta daripada kerajaan sebagai modal permulaan.

Loading…

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-22 perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Ishak: Boleh jelaskan apakah sumber kewangan SRC sepanjang kamu memegang jawatan di syarikat itu?

Advertisement

Ismee: Sumber kewangan SRC adalah pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, geran permulaan RM20 juta daripada kerajaan.

Ishak: Sumber kewangan SRC digunakan untuk tujuan apa?

Ismee: Ia digunakan untuk tujuan pelaburan dan modal kerja.

Ishak: Siapakah penasihat emeritus SRC?

Ismee: Datuk Seri Najib.

Advertisement

Ishak: Emeritus mempunyai kawalan dalam aspek pentadbiran lembaga SRC dan syarikat?

Isme: Ya, seharusnya ada kawalan.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel