Connect with us

Pilihan Editor

Syed Saddiq ajak KJ sertai Bersatu

Melalui satu hantaran di Twitter, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjemput bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyertai Bersatu.

“Memandangkan Umno-PAS menjadi lebih ke kanan, sudah tiba masanya untuk Bersatu meletakkan kedudukannya sebagai parti berhaluan tengah untuk orang Melayu.” kata Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Loading…

Syed Saddiq juga mengajak Khairy untuk menyertai Bersatu seperti Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan juga Mustapha Mohamed yang baru-baru ini telah menyertai Bersatu.

“Saya mahu mengundang Khairy untuk menyertai Bersatu. Sertailah orang-orang seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Mustapha Mohamed.

Advertisement

“Bersama-sama kami akan membawa Malaysia bergerak ke hadapan,” kata Syed Saddiq lagi.

Khairy sebelum ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat, menggesa semua pihak agar melihat dari sudut positif pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Baca: Dr M Pelawa parti Melayu sertai Bersatu: ‘Bagi saya niatnya betul sebagai seorang ayahanda dan ahli negarawan’ – KJ

Khairy juga berkata Dr Mahathir mempunyai asas dalam membuat pelawaan tersebut dan menganggap Pengerusi Bersatu itu mempunyai niat yang betul untuk menjadikan perpaduan Melayu kembali kuat. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel