Connect with us

Jenayah

3 lagi lelaki ditahan kes video intim

Tiga lagi individu ditahan di sekitar Johor Bharu bagi membantu siasatan berhubung rakaman video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Ketiga-tiga individu terbabit terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 37 tahun pada petang tadi dan beberapa unit telefon bimbit turut dirampas.

Loading…

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi PKR sebuah negeri antara tiga yang ditahan petang kelmarin, berhubung kes pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pemimpin politik negeri berusia 37 tahun itu ditahan bersama dua rakannya ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah rumah teres di Pasir Gudang, Johor.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan keatas ketiga-tiga lelaki terbabit dibuat kira-kira pada pukul 2.30 petang.

“Ketiga-tiga lelaki ini akan direman esok untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya. 

Dilaporkan semalam bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima yang lain telah ditahan reman sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan.

Polis memberkas enam individu terbabit dan turut merampas 13 buah telefon bimbit bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Advertisement

Keenam-enam mereka direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 292A Kanun Keseksaan, berkaitan pengedaran bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret bagi siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dengan penangkapan ketiga-tiga suspek tersebut jumlah keseluruhan tangkapan membabitkan kes video intim yang Haziq sendiri turut mengaku sebagai individu terlibat dalam video berkenaan adalah sembilan orang.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel