Connect with us

Terkini

2 lagi ditahan kes video intim di Shah Alam – KPN

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan dua lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes penyebaran video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin.

Abdul Hamid berkata kedua-dua individu berkenaan ditahan di Shah Alam untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Ini menjadikan jumlah tangkapan berhubung kes video intim berkenaan meningkat kepada 11 individu.

Loading…

Dalam satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Kem Bina Semangat hari ini, Abdul Hamid berkata pihak polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas individu-individu yang akan tamat tahanan reman hari ini dan esok.

Advertisement

“Pihak polis akan memohon lanjutan reman terhadap individu-individu yang akan tamat reman pada hari ini dan esok.

“Permohonan itu (lanjutan reman) akan dibuat jika pihak kita (polis) memerlukan lebih masa bagi melengkapkan siasatan,”katanya lagi.

Sebelum ini seramai lima individu telah dibebaskan selepas perintah reman mereka tamat dua hari lepas manakala perintah reman selama enam hari ke atas Haziq Abdullah Abdul Aziz akan tamat pada hari ini. 

Terdahulu Abdul Hamid mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang didakwa melibatkan Mohamed Azmin adalah tulen namun pengecaman wajah individu yang terbabit dalam video tersebut adalah negatif.

Abdul Hamid juga mendedahkan wujudnya “pakatan jahat” yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk mengaib dan merosakkan reputasi Mohamed Azmin dan ada pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video intim berkenaan. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel