Connect with us

Berita Lain

Azmin tiada peluang jadi PM, kata Adun DAP

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sepatutnya sedar bahawa beliau tidak berpeluang untuk menjadi perdana menteri berbanding Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu berkata majoriti dalam PKR, serta Amanah dan DAP menyokong Anwar sebagai perdana menteri yang akan datang.

Loading…

Beliau menambah Anwar juga telah dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai individu menggantikan Dr Mahathir Mohamad, walaupun Azmin dispekulasikan sebagai pemimpin kesayangan perdana menteri, lapor Malaysiakini.

“Ini benar, Anwar mungkin bukan kegemaran Mahathir tetapi dia adalah pilihan PKR (sekurang-kurangnya majoriti dalam parti itu), DAP dan Amanah.

Advertisement

“Sekalipun beberapa ahli Bersatu dan PKR berada di belakang Azmin, mereka tetap tidak akan menjadi majoriti dalam Pakatan.

“Oleh itu, saya tidak fikir Azmin mempunyai peluang untuk menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel