Connect with us

Terkini

Tunggakan cukai RM1.69 bilion: ‘Bayar sekarang dan bincang kemudian’ mungkin akibatkan Najib hilang kerusi Pekan – Peguam

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahu Datuk Seri Najib Razak membayar terlebih dahulu tunggakan cukai RM1.69 bilion sebelum mencabar mereka di mahkamah.

LHDN sebelum ini telah memfailkan saman untuk mendapatkan semula cukai tambahan RM1.69 bilion daripada Najib.

Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata malang sekali kerana kes “bayar sekarang dan bincang kemudian” mungkin membawa kesan buruk kepada anak guamnya.

Loading…

“Jumlah RM1.69 bilion itu akan menyebabkan anak guam saya bankrap dan membatalkan kelayakannya sebagai ahli Parlimen,” katanya selepas menghadiri pengurusan kes melalui sistem e-review, seperti dilapor portal Free Malaysia Today.

Advertisement

Untuk makluman, Najib yang juga bekas perdana menteri telah menjadi ahli Parlimen Pekan sejak tahun 1976, kecuali ketika beliau menjadi Adun Peramu Jaya dari 1982 hingga 1986.

Peguam Najib juga berkata, peguam bagi kes LHDN sudah memberitahu mahkamah mengenai rancangan mereka memfailkan permohonan untuk penghakiman terus, walaupun rayuan sudah difailkan ke atas taksiran cukai itu.

Najib bagaimanapun katanya akan memfailkan penangguhan prosiding sementara menunggu taksiran cukai itu diselesaikan dan pengurusan kes berikut telah ditetapkan pada 30 Ogos ini.

Memetik laporan Bernama, pada 25 Jun lalu, kerajaan melalui LHDN memfailkan saman itu terhadap Najib yang meminta beliau membayar RM1,692,872,924.83, faedah pada lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, serta kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam kenyataan tuntutannya, kerajaan memaklumkan bahawa seperti yang dinyatakan melalui notis penilaian tambahan bertarikh 20 Mac 2019, penilaian cukai tambahan ke atas pendapatan Najib bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 masing-masing adalah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41.

Advertisement

Kerajaan mendakwa notis itu dihantar melalui pos berdaftar kepada Najib pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur dan surat tersebut tidak pernah dikembalikan kepada LHDN.

Ia mengatakan bahawa memandangkan Najib gagal membayar cukai dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, jumlah itu meningkat sebanyak 10 peratus, masing-masing menjadi RM11,617,337.41; RM32,092,993.23; RM89,157,346.54; RM11,914,465.55; RM1,687,950.00; RM64,344.52 dan RM34,647.14 bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017.

Najib diberi tempoh 60 hari untuk membayar cukai itu, bersama-sama dengan kenaikan 10 peratus, tetapi mendakwa Najib masih gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Najib dikenakan kenaikan lima peratus lagi daripada kenaikan 10 peratus itu, berjumlah RM6,389,535.57; RM17,651,146.27; RM49,036,540.60; RM6,552,956.05; RM928,372.50; RM35,389.48 dan RM19,055.92 bagi tahun taksiran yang ditetapkan, menjadikan jumlah keseluruhan cukai pendapatan berjumlah RM RM1,692,872,924.83, katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel