Connect with us

Jenayah

18 suspek diperintah bela diri, Bapa Allahyarham Zulfarhan sujud syukur

Hampir dua tahun menanti, akhirnya hari ini bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman bersyukur apabila mahkamah telah memerintahkan 18 daripada 19 suspek untuk membela diri.

Reaksi bapa kepada Allahyarham Zulfarhan yang terus melakukan sujud syukur diluar mahkamah selepas mahkamah membuat keputusan ke atas kes tersebut telah mengundang sebak dan hiba netizen.

Loading…

Zulkarnain Idrus, 55 , bersyukur kepada Allah S.W.T atas keputusan yang benar dan berterima kasih kepada rakyat malaysia yang turut mendoakan.

Ibu kepada mangsa turut meluahkan rasa syukur kehadrat ilahi dan mengharapkan semua suspek mendapat hukuman yang setimpal di atas perbuatan yang dilakukan sehingga menyebabkan kematian anaknya.

Advertisement

Menerusi Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie diakhir kes.

Kematian Zulfarhan Osman sebelum ini mendapat perhatian media dan juga rakyat malaysia apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 kerana didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel