Connect with us

Terkini

Adun Bersatu Selangor gesa semua ADUN, MP sokong Dr Mahathir kekal hingga habis penggal

Bersatu Selangor hari ini mengadakan sidang media menyatakan sokongan terhadap cadangan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal menjadi perdana menteri sehingga habis penggal.

Mereka turut menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Tun Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan sokongan tersebut diungkapkan oleh lima ADUN Bersatu di negeri ini; Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd Shaid Rosli (Jeram), Sallehudin Amiruddin (Kuang), Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) sebagai merujuk cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang turut sama yang di lontarkan oleh UMNO dan Pas baru-baru ini.

Loading…

“Adun Bersatu negeri Selangor tidak nampak keperluan untuk perdana menteri berundur sebelum misi membina semula negara yang diterajui oleh beliau ini diselesaikan dengan sempurna.

Advertisement

“Kami menyeru kepada semua ahli parlimen dan Adun dari Bersatu dan PH negeri yang lain agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Dr Mahathir Mohamad demi rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya melalui kenyataan media yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Ketua Penerangan Bersatu Selangor Sallehudin Amiruddin berkata, Dr Mahathir harus diberi ruang yang sebaiknya untuk melaksanakan tugasnya.

“Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi ketika peralihan kuasa, wajar Tun diberikan peluang menguruskan negara dengan sebaiknya dan kami merasakan tidak sepatutnya ada sebarang desakan untuk beliau melepaskan jawatan.

“Justeru itu, kami menyambut baik dan menyokong jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga akhir penggal ke 14,” katanya lagi.

Adun Jeram Mohd Shaid Rosli ketika menjawab soalan pemberita berkata tiada perjanjian yang menetapkan peralihan kuasa berlaku dalam tempoh dua tahun.

Advertisement

“Perjanjian dua tahun itu tiada. Kalau berlaku perubahan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, akan beri kesan besar kepada negara, pelabur dari luar negara kurang percaya kerana tiada kestabilan politik dalam negara kita.

“Jadi benda ni harus dipandang serius,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Adun Kuang Sallehudin Amiruddin pula berkata gesaan agar Dr Mahathir segera menyerahkan kuasa tidak wajar kerana menurutnya ia akan mengganggu pentadbiran negara.

“Kita lihat hampir setiap minggu (ada gesaan seperti itu), media juga kadang-kadang memainkan peranan dalam melaporkannya.

“Jadi iklan-iklan sehubungan perkara ini kita rasa harus diberhentikan, kerana ia mengelirukan rakyat.

Advertisement

“Saya minat bawa satu konsep, sekarang ini kita ada seorang pilot (juruterbang) yang memandu kapal terbang, kita ada kapal terbang yang cukup cantik, kenapa kita tidak membiarkan pilot ini membawa kapal terbang dengan penumpang ke suatu destinasi yang banyak rakyat Malaysia impikan?” katanya lagi. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel