Alasan Najib tak hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

 22 total views,  2 views today

Semalam seluruh negara diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tembakan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan ‘Daulat Tuanku’ menandakan penyempurnaan istiadat di Istana Negara.

Balairung Seri dipenuhi hiasan serba kuning keemasan itu menyaksikan istiadat yang dilaksanakan dengan penuh tradisi Kesultanan Melayu


Loading…

Ketidakhadiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terdapat dakwaan yang menyatakan ketidakhadiran beliau dalam istiadat tersebut kerana kekeliruan tempat duduk.

Menerusi hantaran terbaru di media sosialnya najib menjawab persoalan mengenai isu berkenaan.

“Bukan kekeliruan tetapi menerima panggilan pada pukul 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar

Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.” Jelas Najib lagi.


Najib berkata timbul masalah disebabkan pertukaran tempat duduk berkenaan yang menjadi punca beliau tidak hadir ke Istiadat tersebut.

“Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya. 

Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan.” Katanya. – Malaysian Update