Connect with us

Terkini

Bersatu tidak akan sama dengan UMNO – Wan Azizah

BUTTERWORTH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan sama dengan parti UMNO seperti yang disangkakan.

Menzahirkan keyakinan terhadap Bersatu, Dr Wan Azizah berkata, parti berkenaan juga tidak sesekali mirip seperti UMNO.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia tidak sama sebab Bersatu ditubuhkan daripada UMNO. Jadi dia lain dari UMNO, dia punya asas lain. Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) bila kita bercakap dahulu, kita 21 tahun bersama dengan Reformasi, dan Tun pun berkata, dia pun bersama UMNO dahulu lebih daripada itu dan tinggalkan UMNO.

“Jadi apa yang saya faham parti ini (Bersatu) tidak sama. Tun sebagai Presiden UMNO tinggalkan UMNO dan tubuh Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama Wanita Keadilan Pulau Pinang di Pantai Robina di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah parti Bersatu akan menjadi seperti UMNO sekali gus menjadikan ia tidak sama dengan aspirasi Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelawaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu untuk semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu, Dr Wan Azizah berkata, pelawaan itu kerana Bersatu sebuah parti Melayu, selain untuk menambah ahli serta mengukuhkan kuasa politik parti berkenaan.

Dr Wan Azizah yang juga Penasihat PKR berkata, pelawaan Dr Mahathir itu mungkin dibuat bagi menambah bilangan ahli Bersatu.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagaimanapun, saya rasa Pas dan UMNO sudah memberi indikasi bahawa mereka tidak berminat (dengan pelawaan Dr Mahathir untuk menyertai Bersatu),” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel