Connect with us

Jenayah

Didakwa dirogol Exco, pembantu rumah kini dibawah jagaan JKM

SERDANG – Pembantu rumah yang didakwa dirogol majikannya yang juga merupakan seorang ahli Exco di Perak, kini diletakkan di bawah jagaan dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, JKM mengambil tindakan dengan meletakkan pembantu rumah terbabit di bawah perlindungan dan pemeliharaan mereka.

Loading…

“Tidak boleh katakan dia (pembantu rumah) tidak terbela, kerana bila sahaja dia membuat laporan polis, terus polis mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum ‘Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru’ sempena Sambutan Hari Ibu Bapa peringkat Kebangsaan 2019 di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilapor berkata, Exco berkenaan yang ditahan atas dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

Advertisement

Beliau berkata, Exco berkenaan turut menjalani pemeriksaan doktor bagi tujuan siasatan.

Pada 8 Julai lalu, polis Perak menerima satu laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun, mendakwa dia dirogol oleh majikannya yang juga seorang Exco kerajaan negeri Perak di rumahnya di Meru, Ipoh. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel