Connect with us

Jenayah

Dirogol sejak usia 7 tahun, bapa kini diburu polis

Seorang lelaki berusia 40 tahun kini menjadi buruan polis apabila disyaki telah merogol anak kandung yang berusia 13 tahun.

Perbuatan terkutuk itu dikatakan telah berlarutan sejak mangsa berumur tujuh tahun lagi.

Perbuatan itu terbongkar setelah mangsa yang sedang belajar di tingkatan satu itu tidak tahan dengan sikap bapanya dan telah mengadu dan menceritakan hal tersebut kepada guru sekolahnya.

Loading…

Laporan polis kemudian dibuat oleh mangsa bersama dengan gurunya pada pukul 5.30 petang, khamis lalu.

Advertisement

Menurut mangsa, suspek pada mulanya dikatakan hanya bertindak meraba dirinya. Namun suspek semakin berani dan lebih mengejutkan, suspek didakwa merogolnya sebanyak tiga kali seminggu.

Mangsa bertindak mendiamkan diri setelah diugut oleh suspek yang dikatakan akan memukul dan mencederakan ibunya jika mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya.

Hasil pemeriksaan di hospital telah mengesahkan terdapat kesan koyakan pada bahagian ‘hymen’ (selaput dara) dan juga kesan melecet.

Mangsa dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 376B kanun keseksaan (sumbang mahram).

Advertisement

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran. -Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel