Connect with us

Terkini

Disangka kahwini Zizi Kirana gara-gara foto tular, Ebby Yus bingung dihujani pelbagai soalan

Tular gambar perkahwinan pelakon dan pelawak Ebby Yus dan penyanyi Zizi Kirana sehingga menimbulkan salah faham dan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ yang tular itu menyebabkan Ebby Yus dikecam netizen kerana memilih gadis yang jauh lebih muda darinya. Malah ada yang mempersoalkan kenapa mereka tidak dijemput ke majlis perkahwinan tersebut.

Loading…

“Sejak semalam, saya dihujani soalan sama ada sudah berkahwin atau tidak kerana ramai yang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput.

“Bagaimana hendak menjemput kerana semua itu sekadar lakonan?

Advertisement

“Anak buah saya yang berada di Kuantan, Pahang turut menghubungi dan meminta saya menjelaskan perkara itu.” jelas Ebby Yus lagi.

Ebby Yus turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai ‘sesiapa yang istimewa’ buat masa sekarang dan berjanji akan berkongsi dengan umum seandainya bertemu jodoh pada masa hadapan.

Dari pihak Zizi sendiri, dia akui menerima dan dihujani pelbagai komen dan mesej dari para peminat yang inginkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelakon tersebut.

“Kelakarlah! tiba-tiba ramai yang mesej tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin , malah ada peminat yang meluahkan rasa kecewa dan mengharapkan bahawa perkara itu tidak benar.”

Mengulas mengenai perkahwinan, Zizi akui masih lagi mencari calon yang sesuai untuk dijadikan suami dan tidak kisah jika bertemu jodoh dengan pasangan yang lebih berusia darinya. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel