Connect with us

Terkini

Dr M: Kes video intim, ada gerakan politik jatuhkan Azmin

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi tampil mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.

Mahathir berkata beliau berasa pelik dengan tindakan individu yang cuba menjatuhkan Mohamed Azmin sehingga sanggup memalukan diri sendiri dan merasakan wujud gerakan politik untuk menjatuhkan timbalan presiden PKR tersebut.

Loading…

“Saya nampak ini political move (gerakan politik) bukan sebab jenayah.

“Jenayahnya ialah ada pakatan untuk hendak menjatuhkan Azmin.

Advertisement

“Jadi orang itu mengaku dia yang pergi. Itu kita hairan la.

“Biasa dia malu tetapi dia tak malu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen kelmarin.

Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum itu menegaskan polis bukan sahaja perlu menyiasat pihak yang menyebarkan video seks, tetapi juga perlu meneliti ketulenan video itu.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim

Mahathir turut mengulas mengenai saranan Presiden PKR bahawa Mohamed Azmin perlu bercuti jika video itu sahih, beliau bersetuju kalau video tersebut terbukti benar.

“Dia kata kalau betul Azmin, (maka) betullah (letak jawatan)

“Tetapi dia tak kata (berhenti) sekarang ini,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan individu dalam video seks tersebut bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerja politiknya.

Dilaporkan pihak polis telah menangkap beberapa individu yang disyaki menyebarkan video seks itu dan antara yang ditahan ialah Haziq sendiri dan pegawai kepada Anwar. – Malaysian Update

Baca: Azmin suruh Anwar muhasabah, cermin muka dulu

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel