Connect with us

Terkini

Dr Mahathir rancang kerjasama syarikat Turki bina supercar

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merancang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Turki dalam pembuatan ‘supercar’​​​​​ ​bagi meningkatkan lagi keupayaan industri automotif negara.

Katanya beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

Loading…

“Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.

“Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja kereta seperti itu (supercar) bahkan kereta-kereta lain,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi beliau ke Turki, di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Istanbul pada Sabtu.

Advertisement

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk lawatan empat hari, dan berada di sini sejak Jumaat.

Selain itu, Dr Mahathir berkata pertemuan beliau dengan ahli perniagaan Turki di sini pada Jumaat juga menghasilkan peluang yang baik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab peniagaan di Asia Tenggara dan negara-negara lain. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel