Connect with us

Terkini

Haziq dipecat serta merta daripada PKR

PKR hari ini telah memecat serta merta keahlian Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz daripada PKR.

Dalam satu sidang media Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, mesyuarat biro politik telah sebulat suara membuat keputusan tersebut.

Loading…

Beliau berkata Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, sekali gus melanggar kod etika parti.

“Kita telah mendapati beliau telah melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis,”

Advertisement

“Surat berkaitan perkara itu akan dikeluarkan secepat mungkin dan diserahkan kepada Haziq,” katanya lagi.

Pemecatan tersebut dilakukan selepas tamat 14 hari yang diberikan kepada Haziq untuk memberikan surat tunjuk sebab.

Dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim, beliau ditanya sama ada keputusan itu juga mengambil kira pandangan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Anwar menjelaskan ia berdasarkan saranan lembaga.

“Ini keputusan oleh lembaga disiplin jadi harus dilihat sebagai bebas dan tak boleh memihak,” katanya lagi. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel