Connect with us

Terkini

Kerjasama pertahanan: ‘Tak banyak negara sanggup pindahkan teknologi, tapi Turki janji beri segala yang kita nak’ – Dr Mahathir

Malaysia sedang mengkaji kerjasama dalam industri pertahanan dengan Turki dalam usaha ke arah menghasilkan produk ketenteraan sendiri, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya usaha seperti itu bagaimanapun memakan masa kerana ia memerlukan wang yang banyak.

“Tak banyak negara sanggup pindahkan teknologi kepada kita tetapi Turki berjanji akan beri segala yang kita nak. Dari segi teknologi pembuatan dan sebagainya Turki bersedia untuk beri kerjasama,” katanya pada majlis bersama diaspora Malaysia di Istanbul pada Jumaat.

Loading…

Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu.

Advertisement

Dr Mahathir berkata kerjasama seperti itu dalam aspek pertahanan adalah perlu, tetapi akhirnya negara perlu mendapat teknologi berkenaan.

“Kita negara merdeka tetapi untuk pertahankan kemerdekaan kita perlu dapat senjata daripada orang lain. Kalau orang asing tak bagi senjata itu, kita tak dapat pertahankan kemerdekaan kita. Bukanlah kita nak berperang sangat, tapi mesti ada kebolehan pertahankan negara kita.

“Kalau bergantung dengan orang lain (untuk pertahanan) ini bermakna kita tidak merdeka sepenuhnya lagi,” katanya.

Katanya untuk membina sendiri pesawat, ia memerlukan teknologi dan tidak boleh dibuat sekali gus.

“Satu daripada pendekatan ialah dengan berkongsi daripada pihak lain. Sewaktu mengadakan kereta nasional kita adakan kerjasama dengan Jepun. Hari ini kita tak lagi bergantung kepada Jepun kerana ada kecekapan buat kereta sendiri,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel