Connect with us

Mahkamah

Leman Raja Lawak sekali lagi kena dakwa

Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Leman, hari ini sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan, 6 April lalu.

Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Putrajaya, hari ini.

Loading…

Tertuduh didakwa memegang tangan mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun 11 bulan dalam sebuah kereta Perodua Myvi di Puchong, Selangor jam 3.30 petang pada 6 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pelaku di dakwa telah memeluk dan memegang dada mangsa di sebuah rumah di Taman Putra Perdana, Puchong, jam 4 petang pada hari yang sama.

Advertisement

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi kedua-dua pertuduhan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlina Razali. Manakala tertuduh diwakili peguam Muaz zafar

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlina Razali tidak mencadangkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh mengenali mangsa dan memohon tertuduh dikenakan syarat ketat jika jaminan dipertimbangkan mahkamah.

Tertuduh yang diwakili peguam, Muaz Zafar bagaimanapun memohon pada mahkamah untuk membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga, iaitu isterinya yang sedang sarat hamil selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Yong Zarida Sazali kemudian membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati atau menganggu mangsa. Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Ogos depan.

Advertisement

Mahkamah turut memerintahkan Leman melaporkan diri di balai polis berdekatan. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel