Connect with us

Terkini

Lokman Adam sedia didakwa, selepas tuduh KPN menipu

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini berkata beliau sedia didakwa di mahkamah susulan tuduhannya mengatakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador penipu.

Ini berhubung siasatan kes penyebaran video intim yang didakwanya membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya telah nyatakan semua soalan yang diberikan itu akan dijawab di mahkamah nanti.

Loading…

“Ini semua rakyat perlu tahu kerana kita ada hak untuk menjawab di mahkamah yang diwakili peguam.” Katanya yang telah hadir ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan selama kira-kira 15 minit.

Advertisement

Lokman berkata melalui mahkamah beliau akan mendapat peluang terbaik mendedahkan analisis ketulenan yang diperolehnya dari Indonesia.

“Jika saya didakwa di mahkamah, maka itulah cara terbaik saya bawa laporan forensik yang saya peroleh di Indonesia tentang analisis tentang ketulenan video tersebut,” katanya lagi ditemui pemberita.

“Bila saya mendakwa KPN sebagai ‘penipu’, mereka boleh mendakwa saya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan. 

“Saya rasa mereka juga tahu saya ingin didakwa bagi membolehkan perkara ini diselesaikan di mahkamah,” jelas Lokman lagi.

Tambahnya lagi terdapat tiga perkara yang akan dibawa ke mahkamah berhubung video intim tersebut sekiranya beliau benar-benar didakwa.

Advertisement

“Pertama, saya akan membawa laporan forensik yang membuat analisa bahawa video berkenaan tulen atau tidak.

“Seterusnya, laporan forensik berkaitan proses pengecaman selain menyuai padan wajah atau fizikal pelaku di dalam video berkenaan.

“Terakhir ialah visual dimana pakar forensik dari Indonesia telah berjaya mengurangkan bunyi televisyen dan menerangkan suara si pelaku berdasarkan suaranya ketika sedang membuat ucapan,” katanya lagi.

Terdahulu, Lokman hadir ke Bukit Aman kira-kira jam 10.15 pagi untuk dirakam percakapannya susulan dakwaannya Abdul Hamid menipu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Advertisement

“Kertas siasatan akan diselesaikan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Sama ada kita akan panggil Lokman semula atau tidak, ia bergantung kepada keperluan. Jika TPR kata tuduh, kita akan tuduh,” katanya lagi. – Malaysian Update.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel