Connect with us

Mahkamah

Mahkamah tetap sebutan semula kes Lokman Adam serang pelajar 19 Ogos

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan semula kes membabitkan Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor bersama tiga yang lain atas dakwaan mencederakan penuntut Universiti Malaya (UM) Mac lalu.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan laporan perubatan kepada pihak pembelaan, lapor Malaysiakini.

Loading…

Dalam prosiding itu, Tawfiq berkata Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed memaklumkan laporan perubatan masih belum diterima untuk diserahkan kepada pihak pembelaan.

Namun, pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan termasuk laporan polis kesemua mangsa dalam kes ini.

Advertisement

“Bagaimanapun, laporan perubatan mangsa daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) masih belum diterima, jadi saya memohon tarikh sebutan lain,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel