Connect with us

Pilihan Editor

Najib kata ‘Onnnnnn’ selepas dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengumumkan pelantikan tersebut berkata keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat malam tadi.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu telah diadakan di Pusat Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Loading…

“Datuk Seri Najib bekas perdana menteri Malaysia dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat malam ini sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN,” kata Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor

Advertisement

Dalam mesyuarat yang turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Presiden MCA, Wee Ka Siong, Presiden MIC, S Vigneswaran; dan ketua-ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, Tengku Adnan berkata Najib akan menjalankan tugas membantu BN mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tersebut.

“Beliau akan menjalankan tugas membantu Barisan Nasional dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Sementara itu Najib yang juga anggota parlimen Pekan turut berkongsi surat pelantikan itu di laman sosial Facebooknya kelihatan bersemangat dan beliau menerima pelantikan tersebut dan akan melawan PH bersama-sama.

“Onnnnnn. Saya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN. Kita lawan PH bersama.Tumbangkan kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan menyusahkan rakyat ini.” katanya di media sosial.

Selepas BN mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Najib telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN Pada 12 Mei tahun lalu yang kemudiannya di ambil alih Ahmad Zahid.  – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel