Connect with us

Terkini

Najib pertahan belanja RM3.3j sehari, beli hadiah buat keluarga diraja

Bekas perdana Datuk Seri Najib Razak tampil mempertahankan perbelanjaan RM3.36 juta sehari daripada dua kad kredit miliknya.

Najib berkata perbelanjaan di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014 adalah bertujuan untuk membeli cenderahati buat keluarga diraja dari sebuah negara namun bukan daripada Arab Saudi atau Abu Dhabi.

“Perbelanjaan ini adalah untuk hadiah kepada ahli kerabat raja kanan sebuah kerajaan serta rombongan mereka yang mempunyai hubungan baik dengan negara kita,” kata Najib.

Loading…

“Mereka sekeluarga serta rombongannya telah bersama kita dalam kunjungan kita sekeluarga ke Itali masa itu.

Advertisement

“Ianya adalah kebiasaan untuk memberi hadiah kepada pemimpin kerajaan lain.

“Biasanya kerajaan yang akan tanggung kos hadiah (seperti PM ke-4 bagi hadiah besar untuk rumah peribadi presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe dahulu) tapi kali ini, saya bayar dengan kad kredit saya,” kata Najib.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib berkata RM3.36 juta itu merupakan perbelanjaan terbesarnya menggunakan dua kad kredit itu.

“Walaupun saya selalu dituduh beli ini dan beli itu, fakta di mahkamah menunjukkan inilah perbelanjaan paling besar untuk kredit kad saya.

“Seluruh had kredit RM3 juta itu telah digunakan dalam satu hari pada 8 Ogos, 2014,” jelas Najib lagi.

Advertisement

“Perlu juga ditegaskan bahawa ini bukan kad kredit SRC tetapi kad kredit atas nama saya.

Semalam, Naib Presiden Kanan Ambank yang bertanggungjawab bagi kelulusan kad dan pengurusan penipuan kredit kad Yeoh Eng Leong, 58, mendedahkann terdapat sepuluh transaksi perbelanjaan melalui kad kredit yang mempunyai had sebanyak RM3 juta itu telah dibuat dalam masa sehari di butik barang mewah emas itu.

Perbicaraan kelmarin telah masuk hari ke-37 yang melibatkan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Najib yang juga Ahli Parlimen pekan menjelaskan penerima berkenaan telah menulis surat bertarikh 15 Ogos 2014 menzahirkan penghargaan kepadanya kerana pemberian cendera hati tersebut namun beliau enggan mendedahkan nama penerima hadiah itu kerana tidak adil untuk menyebarkan namanya kepada umum.

“Pembelian dan pemberian hadiah itu pada 8 Ogos 2014 itu juga telah dibalas dengan sepucuk surat bertarikh 15 Ogos 2014 dari penerima hadiah.

Advertisement

“Saya menyorokkan nama penerima hadiah ini dalam posting kerana tidak adil untuk nama beliau digunakan secara awam seperti ini tapi surat asal akan dikemukan kepada mahkamah sebagai bukti kes.

“Masa itu, penjelasan dari peguam saya juga akan dikemukakan.” katanya lagi.

Najib turut menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut kerana perbicaraan sedang berjalan.

“Oleh kerana kes SRC ini masih dalam perbicaraan, saya tak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut pada masa ini.

“Yang saya boleh kata ialah tajuk berita dari kerajaan PH ini bukan semua boleh dipercayai secara bulat-bulat kerana ianya amat selektif.

Advertisement

“Itulah sebab saya telah beberapa meminta perbicaraan kes saya disiarkan secara langsung supaya Rakyat tahu cerita sebenar.

“Tapi PH tak mahu.

“Saya juga percaya bahawa penjelasan dalam posting ini tidak akan masuk berita stesen televisyen,” jelas Najib lagi yang baru-baru ini telah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel