Connect with us

Terkini

Neelofa dikecam netizen kerana muat naik sedutan The Lion King di Instastory

Tindakan beberapa selebriti seperti Vivy Yusof dan Ara Johari yang pernah dikecam serta dikritik netizen sebelum ini kerana merakam filem yang ditonton mereka ke IG story masing-masing.

Semalam, kurang dari 24 jam pengacara MELETOP Neelofa turut dikecam para netizen kerana telah memuat naik rakaman selama beberapa minit sedutan dari filem The Lion King ke Instastorynya.

Loading…

Menerusi tweet seorang netizen dikenali Megat Aliff, dia memuat naik paparan skrin Instagram memperlihatkan Neelofa dengan selamba berkongsi beberapa rakaman babak dalam filem The Lion King.

“Jadi tiada sesiapa nak cakap apabila Neelofa merakam The Lion King dan muat naik di Instastory? Atau sebab dia selebriti dia boleh buat apa saja dia mahu ?” luah Megat di Twitter.

Advertisement

Dalam tweet itu beliau turut menyebut (mention) akaun Twitter dua rangkaian pawagam iaitu TVG Cinema dan GSC Cinema. Tweet tersebut seterusnya mendapat perhatian dan maklum balas dari TVG dan GSC Cinema.

“Ada maklumat mengenai lokasi pawagam? Kita akan ambil tindakan kerana ia hal serius ” – TGV Cinema

“Hi, terima kasih atas maklumat. Kita telah laporkan kepada pengedar filem (Disney) umtuk tindakan selamjutnya” – GSC Cinema

Rata-rata netizen jelas tidak bersetuju dengan tindakan Neelofa yang telah memuat naik rakaman babak filem tersebut kerana ia melanggar undang-undang hak cipta.

“Kalau tiada tindakan diambil aku akan buat perkara yang sama” – netizen

Advertisement

“lepas ni semua gajet kena letak luar”- netizen

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman daripada netizen, Neelofa telah memadam babak filem tersebut dari Instastory miliknya.

Walaupun telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pawagam, tetapi penonton sama sekali tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman ketika menonton filem dalam panggung mereka. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel