Connect with us

Terkini

Runding semula, Terengganu enggan jajaran ECRL masuk hutan

KUALA TERENGGANU, 17 Julai — Kerajaan Terengganu masih meneruskan rundingan dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk memutuskan jajaran baharu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan jumlah stesen yang akan dibina di negeri itu.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata majlis pelancaran ECRL dijangka berlangsung pada 26 Julai ini di Dungun.

Loading…

“Dalam hari-hari terakhir sebelum 26 Julai ini, kita masih meneruskan rundingan itu apa sahaja boleh berlaku terutama keputusan penting berkaitan jajaran baharu dan jumlah stesen yang sangat berkait rapat dengan faktor pemangkin di daerah terlibat serta sosio ekonomi penduduk setempat,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam. 

Ditanya apakah antara permohonan kerajaan negeri dalam rundingan itu, Ahmad Samsuri berkata pihaknya berharap jajaran baharu nanti akan disesuaikan mengikut perancangan kerajaan negeri serta inisiatif yang telah dirancang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Advertisement

Beliau berkata kerajaan negeri akur dengan cadangan jajaran yang tidak terlalu dekat dengan pantai kerana ia melibatkan implikasi kos kewangan yang besar terutama pembayaran balik tanah kerana kebanyakan tanah berhampiran kawasan pantai adalah tanah milik (individu dan syarikat).

“Namun, kita tak mahu oleh kerana mahu menjimatkan kos, projek ini diteruskan juga dengan jajaran baharu tetapi masuk ke dalam kawasan hutan, siapa yang nak guna ini antara yang kita ingin rundingkan.

“Setiap daerah ada rancangan tempatan merangkumi kawasan penempatan, pertanian dan pembangunan lain jadi mesej ini perlu disampaikan kepada MRL supaya perubahan jajaran yang dicadangkan sebelum ini tidak terlalu jauh ke kawasan dalam ia perlu berhampiran bandar supaya matlamat pembinaan ECRL itu sendiri tercapai,” katanya.

Beliau berkata rundingan juga adalah termasuk memohon agar jumlah stesen dikekalkan kepada lapan seperti cadangan asal sebelum cadangan baharu yang mahu membina enam stesen sahaja di Terengganu.

Enam stesen ECRL yang dicadang mahu dibina di Terengganu ialah di Chukai, Kemasik, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu dan Kampung Raja.

Advertisement

Dua stesen pula dibuka khas untuk kargo dan penumpang iaitu di Chukai dan Dungun, manakala empat stesen lain khas untuk penumpang sahaja. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel