Connect with us

Terkini

Sambutan hangat ‘bossku’ bukti rakyat rindu zaman saya – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan hangat yang diterimanya membuktikan bahawa rakyat masih merindui kepada zamannya sewaktu mentadbir negara.

“Malam ini rakyat paling agresif sekali. Pembantu-pembantu saya menjadi penyelamat saya. Datuk Saarani (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak) pun tidak boleh dekat dengan saya.” kata Najib kepada pengunjung yang memenuhi sebuah kafe di Jalan Sultan Idris Shah.

Loading…

Najib menjelaskan bahawa kempen “bossku” adalah usahanya dalam mendekati rakyat bagi memahami denyut nadi dan permasalahan mereka.

“Saya mahu terangkan bahawa ‘bossku’ ini adalah rakyat, bukan saya. Saya buat cara ini untuk tahu apa permasalahan, denyut nadi serta aspirasi rakyat dan saya dapat buat kesimpulan bahawa tuan-tuan sekalian barangkali rindu zaman saya.

Advertisement

“Malam ini juga bukanlah malam untuk bercakap tentang politik tetapi untuk kita sambut gerakan bossku. Insyaallah kita boleh melakukan perubahan ke arah yang lebih baik lagi,” katanya lagi seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

“Bossku” adalah gelaran yang diberikan oleh penyokong Najib selepas tidak lagi menjadi perdana menteri susulan kekalahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 tahun lalu dan ia dilihat sebagai salah satu usaha oleh bekas presiden Umno itu untuk membuat penampilan semula dalam usahanya meraih sokongan rakyat

Baru-baru ini Najib juga telah dilantik selaku pengerusi lembaga penasihat BN oleh Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Najib yang tiba di Gerbang Malam pada pukul 9.15 malam meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau peniaga-peniaga di situ sebelum menuju ke sebuah kafe berhampiran.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel