Connect with us

Terkini

Sarah Hildebrand dedah punca sebenar putus cinta

Sarah Hildebrand, pelakon dan juga seorang modal telah membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama 5 tahun putus.

Jelasnya, pendedahan itu dibuat atas niat baik dan berharap mereka diluar sana yang menghadapi masalah sepertinya menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

Loading…

Biarpun sarah tidak menyatakan nama bekas kekasihnya itu, netizen membuat andaian individu yang dimaksudkan adalah Nabil Mahir, seorang pelakon dan pengacara.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Sarah pada jumaat lalu menyatakan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat selepas bekas kekasihnya melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sepanjang mereka bercinta.

Advertisement

“Sepanjang perhubungan, saya dihina, ditolak dan dibuli. Saya dituduh curang kerana ‘saya ada potensi itu’. Tapi satu hari, kerana Allah itu adil, bekas kekasih mengaku curang dengan perempuan lain.”

“Saya juga dituduh mahukan populariti. saya dituduh melakukan perkara terkutuk dengan pengurus sendiri.”

“Maaf, tapi saya bukan pelacur. Saya pastikan duit yang saya dapat dari sumber yang halal dan kerja yang saya lakukan juga halal.”

“Saya juga menjaga ibu tunggal, ibu saya sendiri. saya tidak mahu buat duit dari sumber yang haram.”

Dia bagaimanapun lega dengan keputusan yang telah dibuat dan beranggapan keputusan itu sepatutnya dibuat lebih awal. Namun baginya setiap yang berlaku ada hikmah.

Advertisement

Sarah dan Nabil dikatakan telah menjalin hubungan selama 5 tahun dan telah berpisah pada Februari lalu. -Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel