Connect with us

Terkini

‘Sudah tidak sebumbung, tapi masih suami isteri’ – Isteri Ammar Alfian

Kemelut rumahtangga Ammar Alfian dan isterinya sebelum ini pernah menjadi bualan hangat netizen apabila isterinya mendedahkan kecurangan Ammar secara terbuka di laman sosial Instagram miliknya.

Kini setelah hampir dua bulan, Nelissa Nezam sekali lagi mendedahkan bahawa dia dan suaminya tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

Loading…

Nelissa yang kini sarat hamil sembilan bulan berkata, walaupun tidak tinggal sebumbung, tetapi hubungan mereka masih lagi suami isteri.

“Saya rasa semua sedia maklum mengenai masalah rumah tangga kami, cuma sekarang saya mahu fokus dengan kandungan bayi saya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.”

Advertisement

“Apa yang boleh saya katakan, kami sekarang sudah tidak tinggal bersama tetapi masih lagi suami isteri. Kami akan menyelesaikan masalah ini selepas bayi kami dilahirkan nanti,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Dia yang teruja menanti kelahiran bayi pertama, tidak mahu isu rumah tangga yang dihadapi memberi tekanan kepada dirinya.

Terdahulu, Nelissa pernah mendedahkan perbualan WhatsApp dengan Ammar di Instagram story yang membuktikan kecurangan suaminya.

Walau bagaimanapun, Ammar berkata dia telah berkali-kali memohon maaf kepada isterinya tetapi tidak menyatakan bentuk kesalahan yang dilakukannya.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga secara tertutup pada 6 Mac 2016 tanpa sebarang publisiti kepada pihak media. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel