Connect with us

Terkini

Suspek tidak lagi berbaju jingga ke mahkamah – SPRM

Baju lokap jingga untuk tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan digunakan lagi apabila suspek dibawa ke mahkamah.

Sebaliknya, ketua pesuruhjaya agensi itu berkata baju berkenaan hanya dipakai ketika mereka berada di lokap sahaja, lapor Free Malaysia Today.

Loading…

“Saya sudah beri arahan, semua indvidu ditahan SPRM apabila mereka dibawa ke mahkamah, mereka tidak lagi boleh dipakaikan baju lokap SPRM,” kata Latheefa Koya.

“Sudah tentu mereka perlu memakainya apabila di dalam lokap, namun tidak lagi dibenarkan memakai baju oren apabila mereka dibawa ke mahkamah.”

Advertisement

Peguam hak asasi manusia N. Surendran pada 2017 pernah mengecam tindakan SPRM memaksa tahanan memakai baju lokap jingga.

Memetik Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Penjara 2000, beliau menyatakan, tahanan sebenarnya boleh menolak pemakaian baju tersebut.

Pada Ogos 2017, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Dzulkifli Ahmad mempertahankan langkah untuk suspek berbaju lokap oren ketika dibawa ke mahkamah.

Katanya, SPRM tidak pernah memilih bulu dengan menggari pemimpin pembangkang dan kenamaan kerajaan pula hanya dipakaikan baju lokap oren.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel