Connect with us

Terkini

Tun M ‘tekan’ Singapura? – Malaysia haramkan eksport pasir laut

Malaysia, sumber terbesar pasir laut ke Singapura, telah mengharamkan eksport komoditi tersebut, kata para pegawai di Kuala Lumpur.

Langkah itu menurut pedagang akan merumitkan pelan atau cita-cita pengembangan atau membesarkan pulau berkenaan melalui tebus guna tanah.

Rancangan itu termasuk pembangunan di pelabuhan Tuas, yang bakal menjadi terminal kontena terbesar di dunia. 

Loading…

Singapura telah meningkatkan keluasan tanahnya sebanyak satu perempat sejak kemerdekaannya pada tahun 1965, kebanyakannya melalui menebus semula pasir di kawasan pantai.

Advertisement

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mohamad Mahathir, yang berkuasa semula pada pilihan raya yang mengejutkan tahun lalu, menguatkuasakan larangan ke atas semua eksport pasir laut pada 3 Oktober lalu, kata dua sumber kerajaan yang mempunyai pengetahuan langsung berhubung keputusan tersebut kepada Reuters.

Sumber kerajaan, yang tidak mahu dinamakan memandangkan sensitiviti perkara berkenaan, berkata Mahathir kecewa dengan tanah Malaysia yang digunakan untuk meluaskan saiz jirannya yang lebih kaya itu. Beliau juga khuathir pegawai yang mengamalkan rasuah mungkin mendapat manfaat daripada perniagaan yang dirahsiakan itu.

Endie Shazlie Akbar, setiausaha akhbar Mahathir, mengesahkan bahawa kerajaan telah menghentikan eksport pasir tahun lalu. Walau bagaimanapun, beliau menafikan bahawa ia bertujuan untuk membendung rancangan peluasan  Singapura, dengan berkata bahawa ia adalah langkah untuk membendung penyeludupan pasir secara haram.

Larangan itu tidak pernah didedahkan kepada umum kerana dibimbangi akan menjejaskan hubungan diplomatik, kata sumber tersebut. Singapura belum membuat sebarang komen mengenai larangan itu.

Pasir laut kebanyakannya digunakan untuk penambakan laut, manakala pasir sungai adalah komponen utama dalam bahan pembinaan seperti simen.

Advertisement

Singapura mengimport 59 juta tan pasir dari Malaysia pada 2018, bernilai AS$347 juta, demikian menurut data United Nations Comtrade berdasarkan maklumat disediakan pejabat kastam negara masing-masing.

Ini mewakili 97 peratus daripada jumlah import pasir Singapura pada tahun itu, dan mewakili 95 peratus penjualan pasir global Malaysia.

Singapura dan Malaysia adalah sebahagian daripada Malaya yang dijajah oleh British dan menjadi negara berasingan pada tahun 1965. Hubungan kedua-dua negara sering tegang khususnya membabitkan pertikaian terhadap wilayah dan sumber yang dikongsi, seperti air.– Reuters

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel