Connect with us

Terkini

Lelaki nekad batalkan majlis perkahwinan selepas lihat wajah sebenar bakal isteri berbeza dengan gambar

Musnah impian seorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita idamannya apabila dia mendapati wajah wanita itu sebenarnya tidak sama dengan gambar yang selalu dihantar kepadanya. 

Yusuf, warga Indonesia yang bekerja di Korea Selatan mengenali wanita itu melalui Facebook dan seringkali berhubung melalui media sosial walaupun tidak pernah bersemuka.

Loading…
Gambar seorang gadis bernama Intan. 

Yusuf juga pernah membuat panggilan video, tetapi wanita itu selalu menutup mukanya dengan cadar.

Sehinggalah satu hari Yusuf mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan wanita itu. 

Tetapi wanita itu memberikan syarat, jika Yusuf mahu menjadikannya sebagai teman wanita, Yusuf perlu menikahinya terlebih dahulu. Lalu Yusuf pun bersetuju dan pergi ke Taiwan untuk berjumpa dengan wanita berkenaan.

Advertisement

Malang buat Yusuf apabila dia mendapati wajah wanita itu tidak sama dengan gambar yang selalu dihantar kepadanya selama ini.

Wanita yang berada di depan matanya itu ternyata lebih tua berbanding yang disangkanya muda selama ini.

Bukan sahaja terkejut, malah Yusuf berasa tertipu lalu mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan itu dan pulang semula ke Korea Selatan dengan penuh kehampaan dan kekecewaan. 

Gambar sebenar.

Insiden yang menimpa Yusuf itu juga viral di media sosial selepas dia sendiri berkongsi mengenai pengalaman traumanya itu. 

Dalam pada itu juga, Yusuf mengalami kerugian sebanyak RM2,948, wang yang dipinta oleh wanita itu sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka. 

“Ya saya kecewa dan kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya,” katanya lagi.

Advertisement

 Setelah diselidik, rupa-rupanya wanita itu menggunakan gambar seorang gadis bernama Intan. 

Menurut Intan yang tampil memberi penjelasan, gambarnya selalu dicuri dan disalahgunakan sejak dari dulu lagi. 

“Padahal gambar-gambar itu saya sudah buang dari Instagram. Itu gambar-gambar saya di zaman kuliah,” kata Intan. 

Sumber: Harian MetroSurabaya Tribun News

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel